Tun Dr Mahathir Mohamad & Pakatan Harapan curi perhatian media asing

PETALING JAYA: Senario terkini politik Malaysia mendapat perhatian media luar negara apabila rata-rata melaporkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Media dalam talian di rantau Asia, Eropah dan Amerika Syarikat secara umum meletakkan berita gelombang perubahan yang dibawa Pakatan Harapan (PH) sebagai berita utama mereka.

Antaranya adalah South China Morning Post, Express.co.uk, Independent.co.uk, Daily Express, Channelnewsasia.com. Washingtonpost.com, HindustanTimes, The Sydney Morning Hearld dan The Guardian.com.

Pencapaian PH mencapai majoriti mudah dengan 121 kerusi merangkumi 104 yang diperoleh PKR, DAP (9) dan Warisan (8) adalah fokus utama laporan itu.

Lebih mendapat perhatian adalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin PH bakal kembali menduduki kerusi perdana menteri untuk kali kedua.

Dr Mahathir telah meletak jawatan pada 2013 selepas 22 tahun memimpin pentadbiran negara.

Pencapaian PH ini juga mengakhiri era pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun.

Keputusan mengejutkan juga tercatat apabila beberapa presiden parti komponen BN tewas pada PRU14 seperti Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya mengekalkan kemenangan masing-masing di kerusi Pekan dan Bagan Datuk.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *