Satu Dunia Kena Kencing.. ‘Selfie’ kena langgar kereta api sebenarnya tidak wujud pun

Berita palsu! ‘Selfie’ kena langgar kereta api sebenarnya tidak wujud pun
Video yang tular menunjukkan seorang remaja di Hyderabad, India dilanggar kereta api ketika sedang berswafoto dilaporkan palsu. – FOTO: Fail

MINGGU lalu heboh kita digemparkan oleh satu video swafoto atau selfie seorang pelajar 25 tahun di Hyderabad, India yang dikatakan dilanggar kereta api.

Insiden itu juga mendapat liputan meluas pelbagai media yang melaporkan dia mengalami kecederaan di kepala dan tangan namun selamat.

Berita itu tular dengan pantas dan pada masa sama menunjukkan peningkatan kemalangan membabitkan kecuaian diri sendiri khususnya ketika bergambar di landasan kereta api.

 

Belum pun reda mengenai insiden itu, pelajar terbabit, R. Shiva Kumar sekali lagi mendapat perhatian apabila dia sebenarnya tidak dilanggar kereta api pun.

Menurut laporan berita ABN Telugu, rakaman video itu telah dipalsukan leh Shiva dan rakan-rakannya.
Saluran berita itu menyiarkan rakaman video terbaharu Shiva yang turut disertai rakan-rakannya sambil tertawa dan bergurau.

Wartawan yang bertugas di saluran berita berkenaan, Nellutla Kavitha menerusi twitter, memuat naik rakaman video berkenaan dengan kapsyen, pelajar yang didakwa jurulatih kecergasan itu telah melarikan diri sejak videonya ‘berselfie’ dilanggar kereta api menjadi tular.

This guy Shiva n his friends created MMTS train accident fake video, fooled ppl as accident took place, this guy works in a gym at Madapur as general instructor, got this info from my teammate who goes to this gym, now this guy is abscondingpic.twitter.com/QebASR3FcS
— Nellutla Kavitha

(@iamKavithaRao) January 25, 2018
Such a foolish n mad guy this person is, a man severely injured when a MMTS train hit him in Lingampally #Hyderabad while taking selfie video, incident happened 3 days back n this person admitted in hospitalpic.twitter.com/m0m6yJ8gIK
— Nellutla Kavitha

(@iamKavithaRao) January 24, 2018
Saluran berita itu turut mendakwa Shiva telah ditahan atas perbuatannya.

Sumber : astro awani via otaiviral.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *