najib penipu!

Jika ketika bergelar pembangkang sebelum ini Pakatan Harapan diketuai oleh Tun Dr Mahathir mendakwa Malaysia kini dikancah bankrap, tona suara tersebut berubah sama sekali selepas menjadi kerajaan persekutuan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Pekan semalam menyindir kerajaan Pakatan Harapan yang secara tiba-tiba mendakwa ekonomi negara kukuh kerana nilai rizab Bank Negara kini adalah RM430 bilion.

”Soalnya dalam tiga hari saja (selepas PH membentuk kerajaan) negara hampir bangkrap boleh jadi kukuh. Mereka ada lampu ajaib ke? Lampu Aladin ke? gosok dalam tiga hari. Tak payah selamatkan negara lagi,” katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan, semalam.

Kenyataan tersebut disuarakan Ahli Parlimen Pekan itu kerana Pakatan Harapan sering menggambarkan senario Malaysia berada diambang bankrap dan hutang yang banyak.

Tegasnya, ini membuktikan dakwaan dinyatakan oleh Pakatan Harapan adalah pembohongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *