Lepas Sultan Johor Bertitah Kini TMJ Pula Memberi Respon Tentang Kerajaan Baru Yang Akan Terbina

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan tahnniah kepada kerajaan baharu yang akan berkhidmat untuk negeri Johor.

Dalam kenyataan rasminya hari ini, beliau mengingatkan agar kerajaan baru sentiasa mementingkan hak dan kesejahteraan rak.yat dan bukan untuk kepentingan peribadi.

“Kami semua yang berkhidmat kepada negeri Johor adalah hamba kepada rakyat.

“Kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor mesti menjadi keutamaan anda semua yang berkhidmat kepa.da kerajaan DYMM Sultan Johor,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Pakatan Harapan (PH) merampas Johor dari Barisan Nasional (BN) apabila berjaya menang 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Mana.kala BN pula memenangi 16 kerusi manakala Pas cuma mendapat satu kerusi DUN di Johor.

KENYATAAN RASMI TMJ DARI FACEBOOK JOHOR Southern Tigers

Negeri Johor dan perlembagaannya tetap berdaulat. Baju me.layunya tetap Teluk Belanga. Hanya muka sahaja bertukar baharu.

Kepada Bangsa Johor yang saya kasihi sekalian dan kerajaan baharu yang akan berkhidmat untuk negeri Johor.

Tahniah kepada parti politik yang berjaya memenangi PRU14. Nasihat saya kepada anda semua jangan lupa negeri Johor adalah negeri berdaulat yang mempunyai cara, bu.daya dan tata tertib kita sendiri. Kami semua yang berkhidmat kepada negeri Johor adalah hamba kepada rakyat. Kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor mesti menjadi keutamaan anda semua yang berkhidmat kepada kerajaan DYMM Sultan Johor.

Walau apapun terjadi sentiasa pentingkan hak dan kesejahteraan rakyat bukan kepentingan peribadi. Kami harus be.lajar daripada kesilapan orang lain. Saya ingin mengingatkan sekali lagi jangan lupa kedaulatan negeri Johor, perlembagaan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor. Walau apapun terjadi, Johor mesti sentiasa jadi Johor.

Dari – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *