Dua YB sabah dah jual diri..musa aman terseyum lebar??

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri di sini, malam ini.

Perkara itu dinyatakan Musa kepada media sejurus tiba di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, selepas menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, petang tadi.

“Jam 8.30 malam,” katanya ringkas ketika ditanya media mengenai bila beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Terdahulu, Musa meninggalkan Sri Gaya, sekitar jam 3.30 petang tadi menuju ke Istana Negeri sebelum kembali ke Sri Gaya kira-kira sejam kemudian.

Terdahulu, Musa mengadakan sidang media khas di Sri Gaya, berhubung kerjasama 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dengan dua ADUN daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah iaitu 31 kerusi daripada 60 DUN.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, akan ke Istana Negeri Sabah di sini untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, jam 2.30 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Ketua Menteri Sabah, Musa dijadual membuat pengumuman khas di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, jam 3 petang.

Musa dijangka mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen, selaras pembubaran Dewan Rakyat.

Tengah hari tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan esok selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Susulan itu, Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan DUN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *