‘Apa motif Zul?’zahira macwilson berang!

SUNGAI PETANI: Pelakon Zahirah Macwilson mempersoal tindakan bekas kekasihnya, Zul Ariffin yang melempar tuduhan tidak benar selepas hubungan mereka putus lebih sebulan lalu.

Mengakui terkejut dengan kenyataan pelakon J Revolusi itu selepas perpisahan mereka, Zahirah, 23, menyifatkan ia sebagai fitnah yang cuba merosakkan nama baiknya.

“Saya tunggu apa pula kenyataannya selepas ini. Saya tidak pasti apakah dia akan terus membisu selepas melemparkan pelbagai tuduhan kepada saya. Sedap sahaja tuduh saya itu dan ini, selepas itu senyap,” katanya.

Zul semalam, membuat pengakuan hubungan cintanya selama lebih tiga tahun dengan Zahirah terlerai sejak lebih sebulan lalu.

Dalam pengakuannya itu, Zul berkata, hubungan mereka tidak mungkin bertaut kembali kerana jika diteruskan, ia bererti dia menganiayai diri sendiri.

Pelakon Tombiruo itu juga reda apabila kepincangan hubungan yang berpanjangan tidak mampu dipulihkan lagi.

“Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

“Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid,” kata Zul yang kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir, 5 Disember lalu.

Mengulas dakwaan itu, Zahirah berkata, dia masih waras dan tidak tergamak untuk berbuat demikian ketika orang lain sedang bersedih.

“Hanya orang gila sahaja yang akan berbuat begitu ketika orang sedang bersedih. Semua itu fitnah. Apa tujuan dia memburukkan saya selepas hubungan kami berakhir?,” katanya.

Saya akui terasa hati tetapi tidak marah. Isu ini sepatutnya dapat dielak tetapi apa boleh buat, semua sudah berlaku.

“Hubungan Kamal dan Emma sudah baik, Zahirah pula apa yang dia dapat?” katanya ketika ditemui pada kemuncak Anugerah Skrin 2017, malam tadi.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak itu berkata, Zahirah sepatutnya berusaha memperbaiki hubungan mereka yang goyah dan bersemuka dengannya, bukan terlalu mengikut kata hati hingga mencetuskan isu lain.

“Saya kesal kerana isu ini tidak sepatutnya berlaku. Ada rakan di lokasi penggambaran memberitahu Zahirah tertekan apabila kami berselisih faham dan lama tidak berhubung. Apa perlu digaduhkan, hubungi saja saya.

“Perlukah Zahirah menyemarakkan hati dengan melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu lain? Kami tiada medium lain untuk memperbaikinya. Dia hanya perlu bersemuka dengan saya.

“Jika Zahirah mahu berubah, lakukan tetapi jika sebaliknya, tidak mengapa. Saya tidak akan menyalahkannya,” katanya.

Mengenai isu kepercayaan terhadap kekasihnya yang mungkin terhakis gara-gara isu itu, Zul enggan memberikan jawapan.

“Saya tidak boleh nak menjawab soalan ini. Saya amat terasa,” katanya.

Pelakon yang mencetuskan fenomena terbaru menerusi drama Titian Cinta bersama bakat baharu, Farah Nabila, itu menafikan khabar angin mengenai perancangannya dan Zahirah untuk mendirikan rumah tangga tahun depan.

“Tiada apa-apa perancangan ke arah itu. Memang kami pernah berbincang mengenai perkahwinan, tetapi tidak pernah menetapkan tarikhnya.

“Jika mahu bernikah, tidak perlu menunggu hingga tahun depan. Saya hanya mahu ia dijalankan mengikut syarak tanpa perancangan besar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *